TRAVEL : Pulau Perhentian 2016 | Part 2

4:52 PM

26 March 2016

Seawal pagi kami dah breakfast dekat cafe resort ni, ya Allah cantik sungguh permandangan pagi. kami start aktiviti snorkling pkul 10 kalau masih xlupa. kami diarahkan utk berkumpul di sunset cafe. nahh jamu mata sikit



snorkling trip ni betul betul lunyai jadinyaaa. sumpah best tapi penat dia, ya rabbi gila sungguh. aku je antara 5 org ni yang steady sampai ke 5 checkpoint. kakakaa yang lain dah give up. aduhhh, gua xnak membazir. tapi sayang time nak tgk baby shark pulakkk laut kemain bergelora, hmm xdpt nk turun main2 dengan baby shark. *maksudnya suruh pegi lagi lahh tu*

masa ni aku je perempuan yang survive, 2 lagi tu atas boat aje. hahahaa

a peaceeeeeeee

lunyai lunyai pun boleh selfie whattt
banyak sebenarnya gambar, tapi tu lahh. yang dalam google drive ni tak bnyk. so boleh jamu sikit2 ajelahh. lepas dah lunyai kita pi makan lahhh tengah hari tu di kampung nelayan. alaaaa murah noq.

tapi ada cerita kelakar, kami kan ambil pakej ? hahhaa confirm dlm tu dah ada pakej makan. tapi kami ni dungu celah mana tahh, pegi makan dkt gerai2 tepi tu. mujur lahh murah ajeeee. dah kenyang baru jumpa abg yang pakej kteorng tu. hahaha kelakar oiii. paling tak lupa, sebab buat kepala sendiri. hahahahahaha

dah settle snorkling, memasing dah penat tak ingat dunia. tapi sempat lahh kami bergambar dengan abg boat kami, fuhh diam diam dia ni. kemain jugak lawak dia.

tengok lahh, dituangnya air sirap atas kepala qiela. sabor ajelahhh
lepas habis snorkling kami pun tido sampai lahh nak ke dinner, malam tu pulak ada dinner bbq dari pakej. fuhhhh kenyang perut yg sememang nya lapar. sekali lagi lepas makan kami pun melepak tepi pantai, duk menyanyi main gitar, main uno kad. best time ever lahh dpt melepak and sesi luah meluah. hahaha

27 March 2016

pagi2 kami dah kemas kemas barang untuk checkout tengah hari tu. sakit badan badan jangan cerita, jalan serupa apa dahh. tapi budak 3 org tu semangat nak pegi kincir angin. tak apa, kami bedua tinggal ajalahh, tak larat dah nak hiking panjat tangga bagai. cukup cukup lahh seharian smlm dah lunyai ber snorkling.

dah settle semua, kami pun checkout, wuuuu tak sampai hati nak tinggal pulau yang sngt superb tu. aaaaaa *nangis* rinduuuu nya tengah taip entry ni haaaa. haishh. memasing pun berkejaran dengan bas memasing. berpisah lahh kami di jeti seberang. wuuuu sadisnyaaaa. tapi kami tiga perempuan gerak sekali, sebab singgah Sepang and bermalam di rumah Qira. weeeeee


BAJET kasar PULAU PERHENTIAN :

RM 380 - PAKEJ INCLUDE (@perhentiankravers)
    * bot laju pergi dan balik
    * penginapan resort (sangat selesa)
    *4x makan (sarapan 2x, lunch 1x, bbq 1x)
    *snorkeling awesome (fish point, turtle point, shark point, light house, romantic beach)
RM 45  - BAS (IPOH - JETI BESUT)
RM 44  - BAS (JETI BESUT - TBS)
RM 40  - souvenir
RM 50  - air minuman, roti, kek pisang, keropok, meggi (SILA BELI DAN BAWA dari darat, dokek pulau mahai semuanya !)
RM 35  - makan tgh hari 2 hari (hahaha siapa baca part 1 tau kenapa 2 hari mkn kene bayar)

TOTAL : RM554

habis sudah entry untuk pulau perhentian ni. harap2 dapat lahh sedikit sebanyak membantu korang punya perjalanan bila nak kesana nanti, serious ni pulau pertama yang Qiela pegi yang sangat sangat cantik dan menakjubkan. fuhhh


You Might Also Like

0 COMMENT

feel free to drop a comment?
will be appriciated! :D